Thursday, December 23, 2010

Demam

Dah lama tak demam..Penutup tahun pula datangnya penyakit ni...Flu dan rasa sakit pala.Kat umah semalam baringje..Arini gi opis rasa tak selesa..Flu dan sakit pala mengganas gik.Lepas sarapan makan ubat Dr bagi..nak buka tenet..down pula..semua orang pun boring 1 opis cos tenet down..tengok troubleshooter cari apa yg patut di buat..Gi kat server..tap tup dah ok...Yahooooooooo...semua satu opis gumbira..ada org panggil saya teknesen..padahal teknesen nujum belalangje..Entah apa yg saya godek2 terus ok...berdasarkan troubleshooter..

Tapi apapun tetap rasa tak selesa..rasa demam pula menjadi2..kepala berat tul..kalau dapat tido ni best betul..Waktu lunch kawan ajak gi Pangsapuri beli kuih..saya beli buah dan sup ayam..hirup panas2 konon flu boleh cepat baik....fuhhh...takda maknanya..lepas mkn titon memandangkan Jumaat rihat 2 jam.okla.ngomel saya...tataaaaa....

Darah jenis B

MAKANAN PALING BAIK UNTUK DARAH JENIS B

Kambing
Kibasy
Arnab

Ikan kodsalmon, kerisi
Sardine
Mackerel

Minyak zaitun

Susu kambing
Keju
Dadih


Kacang bauh pinggang
Soya merah

Kueh beras
Nasi
Krispi beras
Oat

Tepung beras, oat

Kobis
Anggur
Nenas
Betik
Cranberi

Brokoli
Cili
Carrot
Cauliflower
Kulat
Parsley
Keladi, keledek
Lada

Pisang, anggur, betik, nenas, cranberi, semua plum
Epal, cheri, kiwi, longan, limau,prun
Mangga,strawberi, jambu, apricot,pears
Figs, blackberi, blueberi, kismis, kurma

Ginseng, halia, likoris, peppermint, rose hips, daun rasberi, sage


Teh hijau
Serbuk kari
Halia
Horseradish
Parsley cayenne pepper


Menggemukkan badan

Jagung, lentils, kacang tanah, biji lenga, gandum, buckwheat

Menguruskan badan

Sayur hijau, daging, telur, susu rendah lemak, hati-mencekapkan metabolisma
Teh licorice

Tekanan Darah Rendah


Pagi tadi gi klinik panel.. Dr mengatakan saya mempunya tekanan darah rendah....
Flu dan rasa demam..so amik ubat..minta Dr vitamin..Dr bagi vitamin Iron ubat bagi mengatasi darah rendah..
Baca artikel mengenainya...

Tekanan Darah: Berapa Rendahkah yang dikatakan Rendah?

Tekanan darah yang dianggap rendah untuk anda mungkin normal seseorang individu lain. Kebanyakan doktor mendiagnos tekanan darah rendah sebagai TERLALU RENDAH hanya jika ia menyebabkan simptom-simptom yang dapat anda rasai.

Sesetengah pakar mentakrifkan tekanan darah rendah sebagai tekanan darah sistolik (tekanan darah semasa jantung mengepam) kurang daripada 90 mmHg dan tekanan diastolik (tekanan darah semasa jantung berehat) kurang daripada 60 mmHg.
     Tekanan Darah Rendah  =  Tekanan darah < 90/60 mmHg.
 
Sekiranya hanya salah satu daripada tekanan darah ini yang rendah (sama ada sistolik sahaja atau diastolik sahaja), tekanan darah anda tetap dikira rendah.

Cth:    115     50      = tekanan darah rendah @   85   /   70       = tekanan darah rendah
         (normal)    (rendah)                                                                    (rendah)     (normal)
Kejatuhan tekanan darah secara tiba-tiba boleh membahayakan. Penurunan tekanan darah walaupun hanya sebanyak 20 mmHg (cth: drp. 130mmHg à 110mmHg) boleh menyebabkan pening dan pitam apabila otak gagal mendapat bekalan darah yang cukup

Wednesday, December 22, 2010

Winter Gadjet

Ini adalah barang2 persiapan saya sebelum bertolak ke Beijing.Shopping di SOGO..tengah jualan year end sale. Beli bag 4 tayar..Dah lama idam2 bagi mcm ni..maklumlah disebabkan mahal..selaluje tertangguh.Kali ini saya tidak memikirkan lagi..malah saya terus sambar sebiji...warna kegemaran pula tu...puas hati.Bagi ini saya beli di Universal Traveller SOGO. Ada lagi brg2 keperluan yang saya beli..maklumlah takut takda masa.Sementara saya pergi buat VISA untuk ke China...balik terus saja ke jualan sale..bukan jualan gudang ye kwn2..hehe
Masa buat VISA tu pun tak lama..saya datang sebelum jam 9..kaunter masih belum buka tetapi staf2 disitu sudah bersedia menjalankan tugas..Saya ambil nombor dan dapat nombor 2..Pagi ni hujan di KL..jalanraya jem dan sesak.Tepat jam 9 nama saya dipanggil..Urusan hanya 3 mini saja kalau tak silap...tau tak kenapa!! sebabnya saya awal2 sudah isikan siap borang dan print melalui website..so saya submit berdua..dengan hubby saya punya...saya wakilkan hubby...lepas 3 minit..borang2 lulus diisi dan diberitahu untuk mengambil kembali pada 28hb Disember..fuhh lega rasanya..hujan diluar masih tak berhenti..saya berjalan perlahan2..takut tergelincir..tak pasal2 tergolek dog la pulak...so saya beredar menuju SOGO..dekat saja dalam 10 minit memandu..

Inilah bag yang menjadi idamanku..walaupun mahal tapi tahan lasak..Banyak bag2 yang sudah saya beli boleh dikata hampir jahanam dikerjakan oleh petugas2 bagasi..maklumlah bukan bag dorangkan..so peduli apa..campak2 sajalah bag orang..mcm tak ikhlas je buat kerjakan!!...jgn marah ha..reliti..

Bag jenama Jean Francois...

Rupa dalam bagi ini.adalah style sikit berbandingkan bag2 cabok yang saya beli kat tempt lain..


Topi winter untuk hubby..memandangkan saya pakai tudung..so tak perlulas sangat..boleh beli kat sana lagi murah..cyg kat hubby ni..sebab tu beli untuk dia dulu.kuikuikui...

Seorang sepasang sarung tangan untuk saya dan hubby..Walaupun hubby ckp tahan sejuk tapi saya tak percaya kata2nya...jgn main2 kat tempat org..cuaca mana sama tempat sendiri..so saya sediakan juga untuk keperluan hubby...hubby...cyg isteri tak?hehehe
Sepasang Long John untuk saya..Hubby punya belum beli..cos saiz takut tak match..kelak kmk dua meli owh...

Seluar

Baju

Saya beli sehelai baju neck turtle berharga lebih kurang RM70.

Gambaran dekat Neck Turtle..lepas ni saya jadi ninja turtle...weeeee...

Tuesday, December 21, 2010

Diet-Jenis Darah

Diet untuk darah jenis A
Dr Peter J D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.

Katanya, mereka yang mempunyai darah jenis A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti terbatas. Individu jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang sudah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas), kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
Ciri khas individu jenis darah A:
* Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
* Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
* Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
* Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
* Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis A:
Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba


Diet untuk darah jenis B
Individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr Peter J D'Adamo
menyarankan mereka menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.Diet golongan darah jenis AB Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak
kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.
Ciri khas golongan darah B:
* Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
* Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk
meningkatkan sistem imunisasi badan.
* Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan
kaki dan bermeditasi.
* Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan
kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak. Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali 'blue chesse' dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak
jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa,
santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang
pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis B:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan tehherba

Diet untuk darah jenis O
Dr Peter J D'Adamo menyarankan pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.Beliau juga menyarankan mereka mengehadkan pengambilan buah-buahan.

Menurut Dr Adamo, ciri khas golongan darah O:
Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain. Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah
karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan untuk kumpulan darah O:
Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang
rebus, buah-buahan dan teh herba


Ciri khas individu jenis darah AB:
* Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
* Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
* Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan utk darah jenis AB:
Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong
keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan
teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

Sunday, December 19, 2010

Melaka Trip

Trip perjalanan kami ke Melaka mengambil masa selama lebih kurang 2 jam.Kami singgah di Branch kami di Melaka untuk membuat lawatan yang di sambut oleh Staff kami di Melaka iatu En Tan..

Branch syarikat kami di Melaka.

En Tan sedang memberi penerangan operasi yang dijalankan di Branch kami di Melaka.
Semua komponen kepunyaan HONDA Msia..termasuk CKD dan parts yang lain.
Bersama Staff Nistrans branch Honda (DOH) Port Klang -Mr Soong


Jejaka2 Malaya..hehehe
Parts HONDA
Bersama rakan sewaktu sessi lawatan... 
Selepas mengadakan lawatan, kami bertolak ke Bandar Melaka untuk ke bermalam di Mahkota Hotel yang terletak di tengah bandar Melaka.Pada malam tu kami lewat tiba memandangkan jem gila di bandar Melaka.
Sampainya kami di perkarangan hotel , amik kunci dan kami meletakkan bag2 ke dalam bilik hotel untuk turun balik mencari makanan..perut pun dah berkeroncong tapi tak tau hala mana nak di tuju memandangkan jam telah menunjukkan hampir lewat.. kami melintas jalan menuju ke Mahkota Parade yg terletak berdepan dengan hotel kami tinggal.Stall yang ada hanyalah chicken rice shop..apalagi kami masuk untuk memulakan pesanan untuk kami berempat...fuh...lapar gila masa tu..

Goh dan saya ketika menanti makanan tiba..sempatlah berposing tapi tak maut tau!!!..gosh..

Linda dan Shida..kami berempat menikmati hidangan yang menyelerakan..
Selepas makan kami menaiki 2 kereta bersiar di Banda Hilir.Singgah di Jonker Walk.beli apa yang diingini sebagai buah tangan.Terima kasih diucapkan kepada Staff kami di Melaka (En Tan/En Yap)juga pada sales kami di HQ Mr Gan (sebab kami menumpang kereta nya) En Soong yang menemani kami juga dari Honda Pkg.Penatnya kaki tak terkata berjalan.



Bersama Rachel (Penang) dan En Yap (Melaka)
Seteleh penat berjalan..kami menuju ke mamak stall pekena
teh tarik..muka pun dah nampak letih cos dah penat berjalan hingga lewat malam.

Mr Soon, Mr Tan dan Shida (yoyo..ooo je) hehe..



Mr Gan (HQ) Mr Soon Mr Tan

Lobby hotel..sementara menunggu kawan2 ambil kunci bilik.

Bilik tempat kami menginap..Goh n me...abaikan je..

Luncheon de Melaka

Bersama Director kami Mr Kitagawa

Tema untuk lunch kami ada biru an orange- warna koprat kami.
Ala-ala nak berucap..(mengucap lili byk2...hehe)











Pertandingan Karaoke