Wednesday, December 15, 2010

Winter - Explore2011

Mulai dari sekarang saya sedang memikirkan baju winter untuk di pakai ke Beijing bulan Februari nanti. Sudah mulai mencari baju apakah yang sesuai untuk diri saya.Memandangkan ianya pertama kali boleh dikatakan janggal juga nak memadankan. Waktu cuti minggu lepas saya singgah di Universal Traveller. Disana khas untuk jualan baju musim sejuk.Saya hanya beli 2 pasang stokin wool dengan harga RM30 setelah diberi diskaun.Masa tu juga memang SOGO buat jualan sale. Di fikiran memikirkan keadaan sejuk di sana nanti.Maklumlah suhu sehingga -'C.Boleh ke menahan kesejukan yang melampau. Selepas ini nak survey eyecap, topi winter dan glove.Masih ada masa lagi lebih kurang sebulan lebih untuk saya mendapatkan barang2 keperluan untuk berangkat ke Beijing nanti..
Sebelum dari itu saya banyak mempelajari tips2 dan berkongsi pengalaman bersama rakan2 travel di forum cari.com.Terima kasih saya ucapkan kerana ruangan forum ini banyak memberikan petunjuk untuk melancung ke destinasi yang dituju. Untuk destinasi kali ini saya telah mula meringkaspadatkan nota2 yang penting untuk dijadikan rujukan untuk diri saya apabila terbang kesana nanti..antaranya ringkasan seperti berikut:-
Penerbangan
1.       Dari LCCT to Tianjin penerbangan – 6 jam
2.       Arrived  1530hrs.
3.       Isikan boring VOA dengan betul.
4.       Alamat tempat tinggal di Beijing.
5.       Ambil  China MAP di airport.
6.       Kluar saja pintu airport ada bas didepan.

Bas
1.       Bus airport to Tianjian Railway Station    - 2 yuan
2.       Dari Railway Station Tianjin to Tianjin      - 58 yuan – 30 minit
3.       Kluar dari Beijing Railway Station ikut pintu MAIN ENTRANCE.
4.       Station akan tulis North,South,West saja.
5.        Tunjuk alamat hotel – siap2 tulis dalam bahasa maindrain.

TIANAMEN SQUARE,FORBIDEN CITY
1.       Naik bas nbr 10,20 – 1 yuan
2.       Dalam bas akan announce next station berhenti or tgk dinding bas ada tulis next stop.

NIU JEI (MASJID TERTUA)
1.       Naik bas opposite forbidden City to Niu Jie bas nbr 10.
2.        Berhenti kat station Niu Jie.
3.       Niu Jie ni station yg ke 8 or 9.
4.       Turun bas, sebelah kana nada kedai jual rayban..Jalan terus lagi selang 2 3 kedai akan jumpa Niu Jiu Supermarket.

NAIK TRAIN (GREAT WALL)
1.       Dari Beijing Subway, amik subway LINE 2, berhenti kat  XIZHIMEN Station.
2.       Stesen keretapi Beijing Utara
3.       Kaunter tiket sebelah kiri pintu masuk.sebut Beijing – 58 yuan 2nd class
4.       Ruang menunggu kena naik tingkat atas-tak perlu tunggu lama setiap  15minit
5.       Perjalanan selama 30 minit dan berhenti di Beijing South Railway Station – terus ke Beijing subway LINE 4.ikut saja papan tanda.
6.       Kluar dari Xizhimen Station, pergi ke building Beijing North Railway untuk ke Badaling.
7.       Tambang  19 yuan.
8.       Berhenti kat Badaling Railway Station – 800 meter ke Great Wall.
9.        Naik bas nbr 919 – stesen Badaling




Barangan yang perlu dibawa
Lipstik MENTHOLATUM – medicated, ubat selsema, lotion baby Johnson
Sarung tangan, tutup telinga

Saya akan tambahkan lagi sekiranya perlu..Salam

No comments:

Post a Comment